Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Monday, February 28

G.o.s.s.i.p.

Ini bukan Gossip Girl atau pon gosip cik kiah sebelah rumah (bukan jiran saya). Pernah bergosip tak? tipulah kalau tak pernah (erkk..ke saya je yang suka bergosip??). Ya, ya saya memang suka bergosip, tapi sekarang suka bergosip pasal muammar Gaddafi lah. Entah pape jela kan si fifi (name manje Gaddafi) ni, emosi tak tentu fasal, selebet betol, fius rosak kot. Tapi saya memang bencilah perangai dia macam 'haram'! (Boleh ke gosip pasal si fifi ni ek??)

Okey agak hebat disitu bila bergosip pasal hal dunia. Nampak macam pelik pon ada jugakan?.(anak siapalah yang join gosip tu..)

Bergosip ni sebenarnya memang parah, bila kita tengah syok2 bergosip dengan member2 yang seangkatan, tiba-tiba ada suara yang kata:

"weh, ko tau tak yang si 'L' tu cakap ko gitu-gitu, gini-gini, bla..bla..bla..bla..."

ataupun

"si 'L' memang macam tu lah, dia memang suka cakap pasal orang yang bukan-bukan."

ataupun

"Ko tak payahlah nak buat baik kat si 'L' tu, dia tu memang teruk giler."

*terdiam*

Huh~ ayat-ayat yang macam inilah buat saya rasa Hot. Panas dengan si budak 'L' tulah. Geram je rasa hati ni.
Kalau terjumpa je si 'L' tu mesti akan terlintas di hati:

"Budak tu memang teruk, so jangan layan." (hahaha..kurang ajaq giler bisikan seton ni)

Bila dah rasa geram + tak suka + menyampah + termakan hasutan = jadilah tak selesa bila jumpa si 'L' tu.
Okey fine, saya memang tak suka bila ada perasaan macam ni, rasa macam tak best dan tak selesa.
Tak sukanya ada perasaan macam ni, rasa macam ada pemisah antara 2 hala. Euww, please lah tak rock betol.
Shuh..shuh!! pergi main jauh-jauh la seton!

Okeh,  Kesimpulan sekarang ni jangan join bergosip lagi! hahahaha...



(cik-cik jari bergosip)

Sunday, February 27

Untuk manusia..

(Untuk manusia yang tak pernah penat jaga tepi kain orang)

Tak sukanya aku melihat kamu,
tak sukanya aku melihat tawa kamu,
aku bukan terlalu bagus untuk tak suka kamu,

tapi kamu memang layak untuk dibenci,
kamu itu aku benci,
ya, ya kamu itu aku benci,

depan aku kamu tunduk,
rupanya kamu bertanduk,
ah, kamu memang nak kena tumbuk,

tak pernah terlintas nak benci kamu,
tapi itu dulu waktu aku layu,
sekarang kamu yang terlalu,

aku memang buruk perangai,
aku memang bukan anak lebai,
aku memang tak pandai,

tapi tolong jangan ganggu aku,
aku tak pernah kacau kamu,
hidup kamu itu hidup kamu,

kasihan aku pada kamu,
tapi tolonglah aku tak mahu,
tak mahu kamu suka kata-kata aku,

ah, kamu memang bangsat,
biarlah kalau kamu memang sesat,
katalah ikut suka kamu sampai penat.
  
Copyright © 2011-2012 farhahZaba

Untuk manusia yang tak pernah penat jaga tepi kain orang, bukan setakat jaga malah di cerita yang bukan-bukan pada orang lain. Ah, pergi mati semua manusia seperti itu. Biar kita tetap tidak seperti manusia 'itu'.


Saturday, February 26

Semua tentang kita.



Bagi saya manusia itu ibarat jari tangan,
setiap jari itu berbeza begitu juga manusia.
Tiada satu pun yang serupa.
Namun bila tangan itu digenggamkan,
semua jari itu sama ,
ibarat manusia yang bersujud
dihadapan Yang Maha Pencipta.


Copyright © 2011-2012 farhahZaba


p/s:
Han- jari hantu
Man-jari manis
Kel-jari kelingking
Tel-jari telunjuk
Ib- ibu jari
^________^

Thursday, February 24

Untuk kamu-kamu..

Untuk kamu-kamu yang pernah membenci diri kerana paras rupamu, kerana dirimu, kerana keadaanmu, kerana kamu diciptakan tak sama seperti mereka yang sempurna di mata manusia. 


Petai yang pernah kamu caci itulah yang akan mengubatimu bila kamu sakit.


Sunday, February 20

Hancur mereput II.

aku telah mati

sekarang aku bangkit,
bangkit dari kubur kecundang,
bangkit dari kubur putus asa,
sudah bosan dalam sakit,
sudah penat berhati kering,
kini aku terbit sentosa,

terima kasih meminjam bahumu,
terima kasih mendengar aku,
terima kasih tidak terlewat,
kerana aku tidak kuat,

jangan lari jauh-jauh,
jangan biar aku mati dihunus tewas,
teman aku dari jauh,
itu sudah buatku puas.

aku ini,
jangan dibiar mati.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba


Saturday, February 19

Hancur mereput.

Jalan aku berliku-liku,
tak cukup itu,
berlopak-lopak haru,
aku hampir tersungkur ibu,
mengapa mesti jalan aku?

aku sudah penat,
aku sudah lelah,
aku hampir mati,
lidah ku kelat,
tubuhku lemah,
jiwaku sepi,

tolonglah dengar aku,
semangat aku hancur mereput,
aku sudah tak mampu,
jalan ini makin sempit,

nafasku makin sesak,
udara makin luak,
aku sudah muak,

bantu aku,
penat merayu tiada peduli,
aku sudah layu,
nyawaku telah dibeli.

aku telah mati.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba



Friday, February 18

deria

pernah rasa tapi tak nampak,
pernah nampak tapi tak rasa,
butakah?

pernah jumpa tapi tak berkata,
pernah berkata tapi tak jumpa,
bisukah?

pernah dengar tapi tak faham,
pernah faham tapi tak dengar,
pekakkah?

kamu tak buta,
tak juga bisu,
malah bukan pekak,
lalu apa?

Tololkah?

Copyright © 2011-2012 farhahZaba

Monday, February 14

Takhta

  Sang arnab, Sang burung,  Sang naga dan beberapa haiwan yang lain tinggal bersama-sama di dalam sebuah hutan yang sangat cantik dan aman sentosa. Selepas Sang naga turun takhta, pemerintahan hutan telah diambil alih oleh Sang burung. Tapi malangnya pemilihan Sang burung sebagai pemerintah yang tidak dipersetujui oleh Sang arnab dan kaumnya. Habis riuh satu hutan sebab sang arnab memberontak.

  Pemberontakkan sang arnab dan kaumnya tidak diendahkan oleh sang burung dan sang naga kerana sang arnab memang tidak sesuai untuk mendapatkan tahta sebab sejarah dahulu telah membuktikan bahawa sang arnab memang sangat lembab sewaktu dalam pertandingan lumba lari dengan sang kura-kura. Kelembapan sang arnab bukanlah pada ketangkasannya tapi pada mindanya yang mudah sambil lewa. Malang sungguh nasib sang arnab. Kesilapan nenek moyangnya sewaktu dahulu telah menyebabkan dia turut dipandang rendah.

   Sang burung yang boleh terbang tinggi telah memerintah hutan dengan adil sekali. Semua haiwan masih berpuas hati dengan cara pemerintahan sang burung. Tetapi sang arnab sering saja melakukan kerosakkan di hutan kerana tidak puas hati dengan sang burung. Kucar-kacir hutan dibuatnya.

" Nenek moyangku yang telah menyebabkan aku dan kaumku dipandang rendah!, semua ini salah nenek moyang ku!!." Bentak hati sang arnab

   Maka sang arnab terus-menerus melakukan kekacauan dan huru-hara di dalam hutan. Ketidakpuasan hatinya diluahkan dengan perlakuan buruknya. Tanaman-tanaman habis dia kerjakannya. Hutan menjadi huru-hara. Sang arnab tidak pernah memberi kerjasama, malah sering saja memberontak.

*Tamat*

Andai kata sang arnab memang layak menjadi pemerintah sudah tentu dia sudah jadi pemerintah hutan itu. Tapi lihatlah sikap sang arnab yang hanya suka memberontak dan tidak mahu bekerjasama, adakah ini sikap pemimpin yang layak menjadi pemimpin?. Sudah tentu tidak bukan?.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Ubah minda, ubah cara, ubah perspektif diri.

p/s: cerita farhahzaba ini hanya rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.


Sunday, February 13

Awak dah matang? betol ke??

Assalamualaikum anda yang dikasihi Allah.

Ya, anda lah!
Anda sangat dikasihi Allah...Betol, saya tak tipu. (^_^)v

Hari ni dah masuk 2 minggu ulang tahun hari lahir saya berlalu. Hurmmm...Dah berumur dah saya ni.

Berapa tahun umur saya?

Umur baru je 12 tahun. (nombor tu terbalik sebenarnya). Lahh~ baru nak ambil UPSR rupenya.! Hohoho..

*Berangan + perasan*

Mesti ramai yang sambut hari ulang tahun kelahiran bulan ni kan? Mesti ramai juga yang sambut ulang tahun kelahiran tahun ni kan? Erkkk...setiap tahun semua orang sambut ulang tahun kelahiran lah! Opsss, maaf~

Setiap tahun usia kita makin meningkat dan meningkat, tak siapa pun yang usia dia makin menurun. Alien pon usia dia meningkat tau. Kucing, arnab, cicak, lembu, semut, tapir, tenuk, gajah pon usia makin meningkat. Jadi memang semua benda hidup usia makin meningkat kecuali orang yang dah  mati je usia dia dah tak boleh nak meningkat. Kucing, arnab, lembu, tapir, badak dan cicak yang dah mati pon usia meraka dah tak boleh nak meningkat.

Masalahnya umur dah meningkat tapi betul ke dah matang? Awak dah matang? Yelah, saya tanya awak yang sedang baca ni. Eh, nape tak jawab? Segan ye...takpe2...

Matang tu apa?

Adakah sejenis alat solek? Sejenis kenderaan atau binatang? sejenis alat sukan kot...Okay, saya tak tahu matang tu apa.

Perlu ke matang ni?

Situasi A: Saya taknak matang, nanti cepat tua lah. Biarlah saya nak jadi macam budak-budak lagi. Kan comel macam tu. Relax lah kan, kitekan masih muda lagi.

Situasi B: Hello, pleaselah jangan macam budak-budak ye.. perangai macam ape entah, tak tahu malu ke? Terkejar sana. terkejar sini. Duduk diam2 tak boleh agaknya budak lelaki ni. Tak macam pakwe aku pon, dia tu matang je tau.

Situasi C: Aku tak fahamlah kawan2 aku ni, bila aku cakap nak kahwin mesti diaorang kate aku ni dah cukup matang ke nak kahwin? Ape benda entah, asal nak kahwin je mesti cakap pasal matang. Kalau nak tunggu matang bila aku nak kahwin??!

Semua dialog dalam situasi A, B, dan C adalah sebahagian dialong yang pernah saya dengar. Ni bukanlah dialog yang saya reka-reka, tapi memang betul-betul wujud. Mungkin anda juga pernah dengar atau mengunakan dialog ni. Erti matang dalam semua situasi diatas adalah berbeza mengikut pendapat masing-masing. Tapi apakah matang itu yang sebenarnya?

Sebelum ni saya pun agak kabur dengan kematangan itu sendiri, tapi setelah berkongsi cerita dan idea dari sahabat saya, saya mula memahami erti kematangan itu sendiri. Mungkin bukan secara menyeluruh, tapi cukup untuk saya gunakan dan saya kongsikan.

Matang dalam Islam adalah bila kita dapat memenuhi semua ciri-ciri fardu Muslim iaitu:

1. Akidah
2. Ibadah yang sohih (tak buat secara membabi buta tapi dengan ilmu)
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Sihat tubuh badan (menjaga dri dan kesihatn, tdak memudaratkan diri sebb semua yg kita ada hnyalah pinjaman)
6. Mampu berdikari
7. Melawan hawa nafsu
8. Sangat menjaga masa (ingatlah bahawa tanggungjawab itu lebih banyak dari masa yg kita ada)
9. Tersusun urusannya
10. Bermanfaat pada orang lain

Maaf, ni sajalah yang dapat saya kongsikan.
Jadi bagaimana?
Sudah matangkah awak?


Saturday, February 12

Itupun kalau.

Andai caci itu indah,
maka teruskan saja,
teruskan pinjaman itu dari neraka,
guna saja dengan lidah,
biar hancur semua jiwa,

itupun kalau kamu bodoh.
kamu bodoh?

Copyright © 2011-2012 farhahZaba

kisah manusia yang suka mencela, mencaci, menyindir, mengeji dan memfitnah manusia lain tapi lupa pada kebodohan sendiri.





Tuesday, February 1

Perhatian!! penting untuk semua pasangan.

Assalamualaikum.w.b.t

Kehadapan semua 'couple2' yang halal mahupun yang haram. Maaf kalau bahasa saya ni agak kasar ye. Yang halal tu kalau yang dah bernikah, Yang haram tu kalau yang belum bernikah lah ye. Yang kata halal dan haram ni bukan saya tapi Allah yang kata. Jadi kalau nak marah jangan marah saya, kalau rasa hebat marahlah Allah. Sebab Allah yang buat peraturan ni. Maaf.

Berbalik semula mengenai tajuk diatas, saya sebenarnya nak berkongsi kat semua pasangan yang selalu singgah makan di terminal makmur kuantan pahang sementara tunggu bas atau teksi. Perkongsiaannya adalah "Tolong jangan duduk terlalu lama di gerai2 makan yang berada tingkat atas Terminal Makmur Kuantan Pahang. Tolong".

Hahahaha.. Ape kejadahnyalah saya cakap ni??

Hari tu sebelum balik batu pahat kan saya ada post pasal kejadian2 di terminal makmur, kalau nak tahu rujuk kat sini dan sini. 

Selepas saya solat zohor hari tu, saya pergilah singgah makan dulu kat gerai makan yang ada kat terminal tu. Jalan punya jalan, saya pun dengan tiba2 terpacakkan kaki dekat depan gerai makan yang terpilih. Memang dah rezeki gerai tu agaknya. Ye, saya makan seorang diri.

*duduk*

"Nasi ayam goreng satu ye makcik"
"Minum dek?" tanya makcik gerai tu
"Air kosong jelah, terima kasih" jawab saya sopan (Cehhh...sopan tu penting ye kawan2)

Minuman pun sampai diikuti pula dengan nasi ayam goreng saya.

"Makan sekali makcik?" saya mengajak makcik gerai tu. (ajak2 ayam)
"Takpe, makanlah dek. bas pukul berapa?"
"Bas pukul 3ptg" sambil belek2 jam tangan barbie saya.

Nasi ayam goreng pun dengan rela hatinya masuk dalam mulut saya.
*kunyah*
*telan*
*ulang*

Sambil2 makan saya pun dengan ramahnya berbual-bual dengan makcik gerai tu. Bual2 pasal harga barang, pasal family makcik ni, pasal gerai2 di terminal makmur ni, pasal orang2 sekeliling dan bla..bla...bla.. (Opss! dah macam wakil rakyat lah pulak)

Banyak yang saya dapat tahu dari makcik gerai ni. Usia dia agak lanjut, sudah mempunyai 9 orang anak.

Dalam banyak2 cerita yang makcik gerai ni cerita, yang saya paling teringat sampai sekarang makcik tu cakap:

"Nak cari makan sekarang susah, tapi tak sampai hati nak suruh pelanggan beredar dari meja makan lepas diaorang habis makan. Yelah, ada yang lepas makan tu duduk je kat  meja lama2, makcik ni ada 3 meja je, kalau diaorang duduk lama2 macam mana nak dapat pelanggan, jadi nanti pelanggan yang baru sampai pergi gerai lain pula."

"Oh, makcik sewa gerai ni dapat 3 meja ni je ke?" bertanya untuk dpatkan kepastian.

"Ni jelah meja yang makcik dapat, memang semua gerai dapat 3meja je. Lagi-lagi kalau budak2 yang bercinta-cinta ni, dia orang suka sangat duduk2 kat gerai ni lama-lama. Kita ni nak cari rezeki, kalau dia orang duduk lama2 macam manalah nak dapat pelanggan, takkan lah makcik nak halau. Kalau setakat masih belajar lagi ni takpayah la nak bercinta2 ni, kalau anak makcik pun makcik tak bagi."

(dengan pantasnya saya curi2 ambil gambar makcik  gerai ni sementara tunggu baki wang saya dikembalikan 'klik2' ^__^ )

Saya begitu kecewa diatas apa yang berlaku pada makcik gerai ni. Dia nak cari rezeki untuk 9 orang anaknya, tapi rezekinya kadang-kadang tersekat sebab orang dok bertenggek kat gerai dia lama2. Sekarang saya baru tahu jalan hidup orang lain.

*sebak*

Untuk sesiapa yang terbaca post saya ni, sampai-sampaikanlah pada rakan2 awak ye. Mungkin bukan gerai makan di terminal makmur saja perkara ini berlaku, barangkali semua gerai makan macam tu.

Dari Abu Hurairah ra berkata, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang membebaskan seorang mu’min dari himpitan kehidupan di dunia, maka Allah akan membebaskannya kelak dari himpitan di hari akhir. Dan barang siapa yang memudahkan orang yang sedang dalam kesulitan, maka Allah akan memudahkannya kesulitannya di dunia dan di akhirat. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah pun akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Dan Allah akan selalu menolong seorang hamba, selagi hamba tersebut selalu menolong saudaranya. 
(HR. Muslim)


“Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat maka kejahatan itu bagi dirimu sendiri...” 
(QS. Al-Isra'/ 17 : 7)


p/s: setiap kesulitan pasti akan ada jalannya.


Egypt in Crisis