Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Sunday, March 16

kerja Tuhan

kau di letakkan oleh Tuhan di situ kerana cinta
lamanya terpacak kau di situ kerana ar-Rahman dan ar-Rahim
Dia beri kau peluang untuk syurga yang hanya terlihat oleh mata hati kau
kau tak akan mampu nampak dengan bebola mata hitam kau
sebab ini ujian untuk kau.
ya, ujian untuk kau!

kadang kau mengeluh merungut
kau merengek merayu pada Dia
kerana dunia kau dipagar Tuhan untuk suatu yang kau mahu
rupanya Tuhan sedang beri kau masa untuk syurga.
ya, untuk syurga!

bukalah bebola hitam dan gantikan dengan hati untuk mata kau
kau lihat dan kau rasa cintaNya
Dia ada bersama kau.
ya, Dia ada bersama kau!

14Mac2014

Friday, March 14

subuh di kubur

pagi semalam aku bangkit dari lena untuk subuh yang sudah di penjuru bumi
penuh berekor-ekor semut berpesta di atas katil dan jasad aku
terlelap tanpa sedar malam tadi bersama coklat Kitkat.

lalu tersedar dari lena dan terhinggap rasa;--
"ya Allah, apakah di kubur nanti lagi penuh dengan pelbagai jenis serangga?"

istigfar di bibir berkali-kali
munajat insaf di penjuru bumi.

14mac2014




gambar hiasan

Wednesday, February 26

24

Dua puluh empat
Bagai kayu tunggul di atas bumi
Bagai angin lalu di tepi tunggul
Bagai habuk berdebu di bawah tikar

Dua puluh empat
Masih berhigusan menangis dibuli
Masih diberi duit jajan berseronok
Masih menunggu dibawa pulang.

Dua puluh empat
Punyai ketinggian yang tak tinggi-tinggi
Punyai jiwa kemanjaan budak-budak
Punyai akal penakut bertatih jauh.

Dua puluh empat.
Menunggu saat dua puluh lima.

26feb14

Friday, January 31

Tuhan menjawab cinta perempuan.

oh ya, dua tahun lepas aku pernah tulis puisi bertajuk 'cinta perempuan'.

puisi ini aku tuliskan tentang perempuan cantik yang indah akhlaknya. Aku cuma empati dalam diri perempuan ini yang sudah bertunang dengan pilihan keluarganya selepas beristikharah bersama Tuhan di setiap tiga per empat malam. Namun, seminggu sebelum tarikh perkahwinannya jejaka pilihan keluarga tidak mahu meneruskan ikatan mereka. Lalu berakhirlah pertunangan. Tiadalah perkahwinan.

Aku tahu dia perempuan kuat, yang aku dapat rasakan betapa pahitnya ujian ini untuk dia. Menghadapi malu pada orang sekeliling bukan mudah bagi aku.

Dan akhirnya, benarlah aku katakan 'tunggulah' di akhir puisi aku. Sebab perempuan cantik yang indah akhlaknya itu berkahwin dengan jejaka mulia yang pernah hatinya tersimpan sewaktu dulu, Tuhan telah menjawab cintanya.

*senyum*

Tuesday, January 28

siapa wanita itu?


malam kelmarin aku bermimpi,
berlayar di atas kapal besi yang dipenuhi ribuan muslim. kapal itu menuju ke negara asing, Finland katanya. lalu azan waktu zohor telah berkumandang, aku menuju ke surau di atas kapal itu. begitu ramai muslim di dalam surau sedang menunaikan solat.  aku tidak membawa telekung, tiba-tiba seorang wanita menghulurkan aku telekungnya untuk dipinjamkan. dan hingga aku terjaga dari lena sampai ke saat ini, aku masih teringat senyuman wanita itu.

13nov13

Thursday, January 23

I Do.


Dalam satu majlis perkahwinan, Tang wei wei  yang sudah berusia 32tahun tidak menyangka kawan sepejabatnya yang berusia 40an berkahwin dengan lelaki berusia 20an. dengan muka terkejut dia merenung mata kawan sepejabatnya tanda pelik. lalu rakan sepejabatnya tersenyum dan berkata pada Tang wei wei,

"perempuan perlukan lelaki pada usia 20-40, tapi di usia 50an dia hanya perlukan anak."


Movie: I Do  "Wo Yuan Yi" (original title)
Country: China
Language: Mandarin
Release Date: 10 February 2012 (China)
Genre: Comedy | Romance
Stars: Bingbing Li, Honglei Sun and Yihong Duan

Synopsis:

Tang wei wei is an educated high paid 32 year old career woman who has only ever had one lover. She has pragmatically decided it is time to find a husband and have a family so she embarks on a series of blind dates. Through trial and error she meets Huawei who slowly becomes a part of her life and a close confidant. Just as Wei wei puts Huawei on a trial period as a potential husband, her ex lover who is now a wealthy businessman returns to her life.

Wednesday, January 22

gadis yang bernama Alimah

ada sebuah cerita tentang gadis alim bernama Alimah yang baru berkahwin.

*flash back*

sepuluh tahun yang lepas si gadis sukakan si jejaka alim bernama Halimunan. rupa-rupanya, hati yang si gadis pendam tidak bertepuk sebelah tangan, Halimunan juga mempunyai hati terhadap Alimah. mereka saling suka menyukai. mereka bercinta dan berhubung melalui orang tengah. segalanya melalui orang tengah selama hampir tujuh tahun.

selama tujuh tahun hubungan meraka, pernah si Alimah bertanyakan pada si Halimunan tentang hala hubungan mereka. malangnya, jawapan Halimunan tidak seperti yang di impikan Alimah. Halimunan hanya menjawab,

"jika kamu menjumpai jejaka yang lebih baik daripada saya, maka pilihlah jejaka itu".

sungguh bukan itu yang Alimah mahukan, Alimah mahukan jawapan yang menyenangkan hatinya. dia mahukan Halimunan menjadi separuh daripada hidupnya dan membina keluarga bersamanya. bukankah hubungan yang dijaga selama ini untuk kearah itu?. selama tujuh tahun Alimah menunggu Halimunan, nampaknya penantian dan masanya terbazir begitu sahaja. jawapan Halimunan langsung tidak menggambarkan kematangannya yang seolah-olah tidak memikirkan kesakitan penantian Alimah selama tujuh tahun. Halimunan mungkin tidak mahu Alimah menjadi isterinya.

apakah selama ini Alimah hanya bermain dengan perasaan, ataukah Halimunan yang permainkan perasaan Alimah. dijadikan seperti sebagai pemain tambahan yang diambil bila perlu?.

Alimah si gadis alim yang sudah bertambah usianya dua puluh lima tahun. lalu dengan berkat kesabaran dan doanya, Tuhan hantarkan jejaka bijak yang bernama Alim kepada Alimah. Alim melamar Alimah dengan cara terhormat, tidak perlu orang tengah tetapi terus kepada ayah dan ibu Alimah. Akhirnya Alimah berkahwin dengan Alim.

*back to real*

sebenarnya, Halimunan mempunyai gadis lain yang juga menyukainya. hubungan Halimunan dengan gadis lain itu juga menggunakan orang tengah. masih di takuk lama. Halimunan tetap masih menjadi halimunan.

TAMAT.


semoga Halimunan tidak terus menjadi halimunan pada gadis-gadis alim.