Walau sejauh mana pun kau ditinggalkan tak bermakna kau keseorangan dan terbiar. Cacat mana pun langkah kau, tetapkanlah melangkah. Waktu itu makin hampir dan masa depan itu menghampiri. Jangan sampai kau hanya berdiam dan menangis di penjuru lalu menyalahkan diri. Tiada guna lagi waktu itu. Mereka yang didepan sana takkan mahu menoleh kau yang dibelakang sebab meraka sudah cukup jauh. Pergilah berlari, tinggalkan perasaan celau itu. Kejar waktu itu dan dakap sepuas-puasnya hingga damai hati kau dan teruskan mendakap. Apalah yang harus saja kau risaukan, kalau ini sudah memang khabarnya kata hati yang Tuhan terbangkan untuk kau. Tak guna bila jiwa kau itu ditarah kau sendiri. Siapa yang mahu merawat jiwa kau kalau bukan kau sendiri?. Kau mahu mereka yang didepan berpatah balik dan lihat apa yang terjadi pada kau?. Jangan bermimpilah. Kerat jari pun takkan mampu mengubah segalanya. Berdegillah untuk maju ke pintu itu dan masuk kedalamnya. Aku percaya suatu hari nanti kau mampu ke sana. Percayalah...
...kehadapan kau yang merendah-rendahkan diri.
paah, sangat suka post ni ! :)
ReplyDeletePBA:
ReplyDeleteheee~ ^^
aku rasa kewarasan minda aku sudah pulih!
thanx nisa!!
yeay, paah da waras. lol! hehe :P :D
ReplyDelete