Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Tuesday, September 30

Kadang-kadang

kadang aku rindu;--
rindu yg tak terluahkan.
kadang aku benci;--
benci yg tak dibelaikan.
kadang aku sunyi;--
sunyi yg tak dikhabarkan.

kadang aku keliru;--
keliru yg tak diketahui dimana aku dalam hati mu.

2014

Monday, September 22

Liz dan Lia

   Ada seorang wanita bernama Liz (bukan nama sebenar). Wanita yang berasal dari sumatera Indonesia dan sudah menetap di Malaysia. Liz ada seorang anak perempuan bernama Lia (juga bukan nama sebenar) yang berusia 12 tahun. Lebih kurang 10 tahun Liz tinggal dengan Lia berdua tanpa lelaki bernama suami.
   Bukan Liz tak pernah berkahwin atau dia melahirkan anak luar nikah, tetapi Liz sudah ditinggalkan suaminya 10 tahun yang lalu ketika Lia berusia 2tahun. Bekas suami Liz orang Malaysia, bukan Melayu tapi Cina. Suami Liz Cina beragama budha sebelum berkahwin dengan Liz. Kerana cinta, Liz berjaya membuat bekas suaminya mengucap syahadah dan berkahwin dengannya 10 tahun yang lalu.
   Tapi perkahwinan Liz hanya bertahan 2 tahun kerana ibu mertua Liz tidak suka anak lelakinya memeluk agama Islam. Juga tidak suka kepada Liz. Seorang suami yang imannya masih lemah dan tidak punya pendirian diri, akhirnya telah mengikut desakkan ibunya untuk murtad ke agama budha.
   Liz yang masih menyusukan Lia pada waktu itu tidak mampu mempertahankan akidah suaminya. Ibu mertua yang kerap kali datang kerumah Liz, menghina dan mengherdik dia akhirnya berjaya mendapatkan semula anak lelakinya. Liz tinggal berdua dengan Lia sehingga hari ini.
   Tetapi, kehidupan Liz dan Lia tetap tidak tenteram. Ibu mertuanya masih tidak suka padanya dan terus menerus menghantar gangguan halus. Setiap hari rumahnya berlaku perkara-perkara pelik, dan Lia juga kerap menangis dan tubuhnya menggigil di malam hari. Berat dugaan Liz dan Lia. Tapi aku tahu Liz dan Lia adalah insan terpilih.

Cerita tentang hari sabtu, mengikuti kursus herba. Liz tidak kedekut ilmu dan peramah orangnya.


Sunday, July 6

mahu

dalam diam kau bertanya
langkah mana kau harus pergi
sedangkan nyawa kau sudah sarat
penuh dengan soalan tak terjelas fikiran

apa kau mahu yang sebenarnya
yang kau nanti tetap di sana
cuma  penjelasan yang belum pasti
buat kau terduduk sayu

jauh
tak terlangkah kaki melangkah
tak tercapai tangan melampai
mana kau harus pergi

6Julai2014

Monday, May 5

Gadis compang-camping

dulu-dulu
Tuhan campakkan kita bertiga ke bumi
dan Tuhan beri kita seorang 'cinta' dan 'sayang'
kita panggil mereka 'umi' dan 'abah'
rumah kita rumah papan beratapkan zink
kita bermain dan terus bermain
berkhayal merentasi masa
masih kau ingat?

dulu-dulu
abah hadiahkan kita seekor tupai
itu haiwan peliharaan pertama kita
tapi akhirnya dia mati diterkam kucing
masih kau ingat?

dulu-dulu
Tuhan campakkan kita di rumah batu kecil
kita terus bermain dan merentasi masa
kita masih berkhayal dan mencipta mimpi-mimpi
kita memanjat, berlari, bergayut, berenang, bergaduh--segalanya bersama
kita mendaki rumah batu kecil kita hingga ke puncaknya!
masih kau ingat?

dulu-dulu
basikal kita berwarna merah
satu-satunya basikal kita bersama
satu kampung ini kita teroka kita jelajah kita jejaki!
masih kau ingat?

dulu-dulu
kau berdua sudah memakai baju kurung putih berkain biru gelap
dan aku masih berbaju kurung hijau muda
lalu Abah beli satu basikal biru untuk mudah kita ke sekolah
dan aku basikal kecil beroda empat
setiap pagi kita meredah ladang kelapa sawit ke sekolah
dikejar anjing ladang kita bertempiaran
masih kau ingat?

dulu-dulu
masa yang kita rentasi sudah di tahun 1995
lalu Tuhan campakkan seorang adik perempuan untuk kita
rambutnya kerinting dahinya luas
dia adik kita
masih kau ingat?

dulu-dulu
segalanya telah berlalu
memori kita terlalu mahal untuk dilupakan
jangan kau lupa sampaikan cerita kita merentasi masa kepada anak cucu kita
biar mereka terus merentasi masa dan mencipta mimpi-mimpi..

nanti
bila tiba masa terhenti untuk kita
Tuhan pungut kita kembali di sisi Dia
lalu dia campakkan pula kita ke syurga bersama-sama.

ini cerita kita
yang dahulunya hanya gadis compang-camping.

5Mei2014
3.04am

sampai

sebelum kau sampai di sisiNya,

hiruplah udara sampai ke paru tembus ke jantung
pejamlah mata sampai lena tembus ke mimpi
capailah hasrat sampai genggam tembus ke cita
kejarlah cinta sampai merasa tembus ke jiwa

apa sahaja-- sampai tercapai
apa sahaja-- sampai kau jumpa
apa sahaja-- sampai kau lelah dan pergi...

di sisiNya.

5mei2014
1.41am

Sunday, April 13

sarat

otak ini beku
hati ini berliku
langkah ini kaku
lidah ini kelu
fikiran ini celaru

kelat terlalu palat
berat terlalu sarat
terjerat lalu terkerat

sekarang halnya adalah jiwa aku.

13april14

Sunday, April 6

hutang pinjam

pelik, pelik, pelik
rasa janggal yang bila mana mahu menuntut hak diri,
sudah kau bermurah hati dan tersenyum lega dapat membantu--
memberi pinjam harta yang penat kau usaha untuknya.
lalu tiba masa kau mahu dikembalikan harta sendiri
kau rasa janggal dan serba salah untuk luahkan hasrat;-
"eh, aku mahu semula harta aku yang kau pinjam tahun lalu."

payah, payah, payah
rasanya seperti mahu meminta seringgit daripada pengemis jalanan--
tak sampai hati dan serba salah.

pelik, pelik, pelik
tapi si peminjam terus senyap dan diam seolah-olah lupa,
kau betul-betul lupa kah?-- ah, aku tak mampu luahkan!.