Ada seorang wanita bernama Liz (bukan nama sebenar). Wanita yang berasal dari sumatera Indonesia dan sudah menetap di Malaysia. Liz ada seorang anak perempuan bernama Lia (juga bukan nama sebenar) yang berusia 12 tahun. Lebih kurang 10 tahun Liz tinggal dengan Lia berdua tanpa lelaki bernama suami.
Bukan Liz tak pernah berkahwin atau dia melahirkan anak luar nikah, tetapi Liz sudah ditinggalkan suaminya 10 tahun yang lalu ketika Lia berusia 2tahun. Bekas suami Liz orang Malaysia, bukan Melayu tapi Cina. Suami Liz Cina beragama budha sebelum berkahwin dengan Liz. Kerana cinta, Liz berjaya membuat bekas suaminya mengucap syahadah dan berkahwin dengannya 10 tahun yang lalu.
Tapi perkahwinan Liz hanya bertahan 2 tahun kerana ibu mertua Liz tidak suka anak lelakinya memeluk agama Islam. Juga tidak suka kepada Liz. Seorang suami yang imannya masih lemah dan tidak punya pendirian diri, akhirnya telah mengikut desakkan ibunya untuk murtad ke agama budha.
Liz yang masih menyusukan Lia pada waktu itu tidak mampu mempertahankan akidah suaminya. Ibu mertua yang kerap kali datang kerumah Liz, menghina dan mengherdik dia akhirnya berjaya mendapatkan semula anak lelakinya. Liz tinggal berdua dengan Lia sehingga hari ini.
Tetapi, kehidupan Liz dan Lia tetap tidak tenteram. Ibu mertuanya masih tidak suka padanya dan terus menerus menghantar gangguan halus. Setiap hari rumahnya berlaku perkara-perkara pelik, dan Lia juga kerap menangis dan tubuhnya menggigil di malam hari. Berat dugaan Liz dan Lia. Tapi aku tahu Liz dan Lia adalah insan terpilih.
Cerita tentang hari sabtu, mengikuti kursus herba. Liz tidak kedekut ilmu dan peramah orangnya.
No comments:
Post a Comment
ujar saja jika perlu.