aku hanya pemikir bangsat.
berfikir dan hanya diam,
tangan diikat ketat,
mulut dijahit kusam.
tak terkunyah kata-kata,
tak tertelan semua rasa,
tak pernah bertitah kuasa,
tak pernah punya apa-apa.
aku guna jiwa untuk karang rasa.
aku guna minda untuk kira-kira,
bukankah ini semua kerana nyawa?
bukan untuk hasad puaka.
tiba masa nanti aku muntahkan kata-kata;
waktu itu tak lagi hasad berleluasa,
jangan diangkat hempas aku,
tragedi waktu lalu.
10pagiTujuhOktober2011
untuk diriku sebagai peringatan...
No comments:
Post a Comment
ujar saja jika perlu.