Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Wednesday, December 8

Euww..I tak sukalah..!

Assalamualaikum w.b.t.

kabare semua..waras?? ('Apa khabar semua..sihat?' ni bahasa Jawa untuk awak yang tak tahu). Wes mangan?? (sudah makan?). Minta maaf tok, tu je la bahasa Jawa yang saya tahu. Rugikan saya ni, ada darah Jawa tapi tak reti bahasa Jawa. Ish..ish..ish..MySpace

Btw, awak pernah lihat sampah tak? ala, yang orang selalu buang tu.. bukan buang bayi k! cakap pasal buang bayi ni buat saya sedih + marah - gembira = kecewa

Urmm..sebenarnya bukan nak cakap pasal ni, tapi nak cakap tentang 'buang sampah'. Buang sampah tak salah, tapi buang sampah adalah satu jenayah jika tak dibuang pada tempatnya. Awak rasa tempat sebenar buang sampah ni di mana ye?

a) di atas jalan
b) di dalam longkang
c) di tepi tong sampah
d) di dalam tong sampah 
e) di sungai
Mudah kan soalan ni, tentulah jawapannya adalah 'a'. betul tak? Ye la, saya tengok awak selalu buang kat atas jalan macam tu saja tanpa segan silu. Ape, salah ke jawapan tu? Ops, Jadi apa jawapannya? 

Jawapan yang sebenarnya adalah 'c'. Itulah jawapan yang paling tepat sekali. Tahniah untuk awak!! Selalu saya nampak awak campak sampah kat tepi tong sampah. Mungkin awak sedang berlatih bola jaring atau bola keranjang agaknya sebab tu sampah awak baling macam tu saja. Bila tak masuk dalam tong sampah awak buat tak tahu je. Hebat la awak ni sambil menyelam minum air, sambil buang sampah sambil berlatih sukan tapi hampeh tak masuk pon!

Bosan la cakap pasal jawapan tuk soalan kat atas tu. Saya tahu awak dah tahu jawapannya tapi buat2 tak tahu. Awak tahu tak kenapa awak suka buang sampah sepah-sepah? Awak suka buang sampah sepah-sepah sebab awak suka bagi alasan-alasan bodoh macam ni:

1. "Ala, nanti pekerja Majlis Pembandaran takda kerja nak buat pula".
2. "Eleh, makcik cleaner tu makan gaji buta pula nanti".
3. "Aku buang tulang ayam ni nak bagi semut makan la, kecian semut".
4. " Relax la, semua orang ada kerja masing-masing".
5. "Tak jumpa tong sampah la".
6. "Tong sampah tu dah penuh sangat".
7. "Eei, busuk la tong sampah tu! buang je la kat longkang ni".
8. "Ah, tak masuk pula!" (cuba membaling sampah ke dalam tong sampah dari jauh).
9. "Nanti ada la orang yang kemas".
10. "Alamak, nak buang kat mana ni? selit je la kat tepi ni".
11. bla..bla..bla..bla..( dan macam-macam lagi jenis alasan)

(kalau dah letak papan tanda macam ni tapi masih buang sampah sepah-sepah memang monyet la awak ni)

Awak, saya sebenarnya cuma nak sampaikan apa yang umi kesayangan saya selalu pesan. Umi saya selalu tekankan soal kebersihan pada saya dan keluarga saya, bak kata umi saya  "kalau seribu orang rakyat Malaysia buang sampah sepah-sepah macam mana?" (sebenarnya umi suruh kami berfikir sendiri). Ya la, kalau seribu yang buang sampah merata-rata mesti kotorkan. Bayangkan lagi kalau setiap kawasan kat Malaysia ni ada seribu orang yang bersikap buruk macam tu tentulah semakin-makin kotor Malaysia ni..!

Bila pergi jalan mana-mana pun kalau umi saya nampak sampah mesti beliau akan pungut, sehinggakan kulit kacang yang kecil pun beliau akan pungut kat tepi jalan. Kalau kami sekeluarga pergi berkelah di air terjun ke, pantai atau taman mesti lepas habis saja berkelah umi akan tolong pungut sampah orang lain yang ditinggalkan begitu saja. Umi juga akan suruh saya dan adik-beradik yang lain pungut sampah yang orang lain tinggalkan tu masukkan ke dalam tong sampah. 
 (sampah-sampah macam ni yang selalu umi saya tolong pungutkan untuk awak)

Awak nak kata saya dan umi saya ni pengotor sebab pungut sampah katakanlah suka hati awak, tapi saya rasa awak lagi pengotor sebab buang sampah merata-rata. Awak tu sebenarnya 'pembersih yang pengotor' tahu tak!. Euww.. Awak tak malu ke asyik nak harap orang lain buangkan sampah untuk awak? Awak tu bukan O.K.U yang terencat akal atau takda tangan. Awak memang cukup sempurna dan memiliki akal yang hebat. Jadi, apa yang awak nak risaukan kalau tak buang sampah dalam tong sampah? Jangan la gunakan alasan yang bodoh tu lagi, saya dah bosan dengan alasan tu. Tolong la buang sampah di tempatnya Ok!.
(budak kecil pun tahu buang sampah di tempatnya, awak macam mana?)

Awak tahu tak ada hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah ra. :-
Apabila seseorang berjalan atas jalan, dia menjumpai ranting berduri lalu diambilnya, dan dia bersyukur kepada Allah, dan Allah Mengampunkannya" [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim].

Buang duri dari jalanraya mendapat pahala, jadi sudah tentu membuang sampah merata-rata akan mendapat dosa.

Cakap pasal dosa dan pahala ni, tentu awak ingatkan dalam surah al-Zalzalah:
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" [Surah al-Zalzalah : 7-9]
Awak buang sampah sendiri saja awak dah dapat ganjaran dari Allah. Manalah tahu dengan buang sampah di tempatnya je awak dah mendapat tempat yang istimewa kat syurga kelak. InsyaAllah.. 

Baiklah, saya rasa dah cukup sampai disini saja. Kita sama-sama berubah kearah kebaikkan ye. Salam Maal Hijrah.
 (seronok dan bahagianya kalau semua tempat bersih)

p/s: esok nak masak ape ye......??

farhahzaba

No comments:

Post a Comment

ujar saja jika perlu.