Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Friday, December 31

Kek coklat moist (tapi tak moist pon)

Salam semua! (^_^)V.. 2 hari lepas saya dan kak  angah saya menyertai pertandingan memasak tau. Cehh...bunyi macam hebat je kan, sebenarnye masak saje2 je kat rumah..bukan nye nak bertanding pon.. Tapi kalau saya masuk bertanding pasti kak angah saya kalah punya lah! sorry my dear~ hehe..

Nak tahu kite orang masak apa tak? Haaaaaaaa... kalau dah tajuk kat atas tu 'kek coklat moist', mestila saya masak kek tu. Tapi kak angah saya dia masak benda pelik sebab dia tu memang pelik..Ops, tercakap pulak! sorry again my dear~ Kak angah saya masak sushi la masa tu..haha..tak lah pelik sangat pon sebenarnya..
Okay jom kita kongsi resepi kek coklat moist ni:

Bahan-bahan:

1cawan Serbuk Koko (guna milo pon boleh)* 
1cawan Gula Kastor 
1 tin Susu Cair* 
1cwn butter* 
1/2 tin Susu Pekat* 
4 biji Telur - pukul sampai putih (bukan sampai putih mata tu) 
2cawan Tepung Gandum 
1 sudu teh Bic Soda 
1sudu teh Baking Powder
    Cara nak buat:
    1. Satukan semua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah la sampai menggelegak.
    2. Pastu campurkan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Masukkan gula, tepung & baking powder sedikit2 sampailah sebati.
    3. Masukkan ke dlm loyang yg dah di sapu dengan butter. Kukus selama 1 jam guna api sederhana je. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus tau.
    4. Sejukkan dahulu sebelum di makan. nak makan panas2 pon boleh kalau hebatlah!
     (gaul2 dalam mixer)

     (tarra! ni lah kek coklat moist yang tak berape nak moist. takpelah, baru2 nak belajar kan..huhuhu..)

    Okay, ni pulak resepi Sushi dari kak angah saya. Tapi harap maklum lah ye, kalau nak resepi ni awak pergilah melawat kat blog beliau disini. Saya bagi tengok gambar sushi buatan beliau je lah ye... Sushi beliau memang sedap & mantaplah! Bravo my sis~ ^____^



    (Nampak sedapkan sushi ni? bukan setakat comel je, tapi memang sedaplah!)

    Ya..ya..ya..itu sajalah post untuk kali ni.. Bila ada masa nanti saya merepek lagi ye..^__^. 

    p/s: ahad ni dah kena balik ump....urmmm..rindunye kat family nanti....


    Loser?? 2

    Okay, kita sambung lagi ciri2 lelaki 'Loser'..hehe..(^_^)V. 
    Baru je terperasan ciri2 ni minggu lepas..Ops! Maaf lah ye... Kalau tak suka jgn baca..



    haha..jgn ada sesape yg terasa pulak, saya tak cakap pasal awak ye... Btw, nanti bila2 ada ilham baru saya sambung lagi.. Adios~

    Saturday, December 25

    Loser??

    Harap maaf, post ni takda kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Post ini hanyalah rekaan semata-mata.Harap maklum.

    Ceehhwaah..ayat tak boleh blah..

    Lelaki adalah dianggap 'Loser' bila dia:



    p/s: okay lah, nanti sambung lagi ye ..^^


    UMP, saya datang!!

    Kon'nichiwa! (^_^)V yezzza! Salam n selamat kembali ke sekolah semua. Ermm...tinggal seminggu je lagi dah nak naik sekolah kan?? Cepat betol masa berlalu....belom sempat nak guling2 kat rumah puas2... Cehh..gaya cakap macam budak sekolah je kan..Betol la juga, bila waktu sekolah bermula maknanya waktu kuliah saya juga bakal bermula! Ok rakan2 seperjuangan BSB semua dah sedia belom nak balik UMP ni? tiket bas, tiket kapal terbang, tiket feri, tiket lori, tiket wayang (kalau tiket wayang ni leh 3 in 1 best gak kan) dah beli belom? kang nanti tiket habis pulak..(peringatan utk awak dan saya yang takde khidmat penghantaran percuma, bagi yang dah ade jemput lah ambil saya sekali ye..). Btw, jaga diri awak elok2 sepanjang  perjalanan nanti.. Tak sabar nak jumpe!

    (waaahhh...Gembiranya!!)

    Sunday, December 19

    Kau lebih kejam dari haiwan!!!

    Salam untuk semua, 

    Hari ni kita baru dikejutkan oleh sebuah berita tentang pembunuhan kejam seorang pelajar perempuan tingkatan dua oleh 3 orang bekas pelajar lelaki tingkatan 4 di salah sebuah sekolah daerah Batu Pahat. (kalau awak tengok berita lah ye). Berita ini memang telah menyentap jantung saya sebelum tersebar di dalam berita lagi. Abah saya salah seorang pendidik di sekolah si mangsa telah menerima berita ini dari rakan sependidik di sekolah beliau. 
    klik untuk berita lanjut dari metro
    klik untuk berita lanjut
    Memang satu berita yang sangat mengejutkan seluruh penduduk di kawasan tempat tinggal saya. Manakan tidak, kes ini melibatkan pembunuhan! Pagi tadi Abah disuruh hadir ke hospital oleh polis untuk mengenal pasti mayat mangsa. Abah ceritakan pada kami mayat mangsa dipenuhi kesan calar-balar dan dikelar bahagian leharnya manakala bahagian dadanya mempunyai kesan cucukkan (kalau tak silap sayalah). Sedih bila saya bayangkan kejadian ini. Sangat benci pada si pembunuh itu! 

    3 orang pembunuh pelajar tingkatan 4 itu dari 3 buah sekolah yang berlainan, salah seorang dari mereka adalah bekas pelajar dari sekolah yang sama dengan si mangsa dan yang 2 orang lagi dari salah sebuah sekolah di bandar batu pahat dan sekolah agama di daerah Kluang. Sebelum kes pembunuhan ini berlaku, ibu bapa si mangsa telah buat aduan di balai polis tentang kehilangan anak perempuannya yang tak balik rumah. Kemudian setelah siasatan polis, 3 orang suspek telah dikesan tapi polis belum buat tangkapan dan hanya menyuruh ibu bapa suspek supaya jangan bagi anak mereka keluar rumah. Mungkin suspek yang agak gelabah dan takut rahsianya terbongkar  membuat keputusan untuk membunuh mangsa dengan kejam. Setelah polis siasat, akhirnya suspek memberitahu lokasi mayat mangsa berada di kebun kelapa sawit. Menurut cerita dari Abah saya, mayat mangsa ditutup dengan longgokkan daun2 kelapa sawit dan kalau ada orang sabit kelapa sawit pun memang takkan perasan mayat mangsa sebab jauh dari kawasan orang ramai. 

    Pembunuh yang pernah satu sekolah dengan si mangsa memang  seorang pelajar yang bermasalah. Pernah Abah saya cerita semasa pelajar tersebut dalam pemerhatian pihak sekolah selepas satu kes disiplin yang dia lakukan (saya tak pasti masalah disiplin apa), Abah saya sebagai guru disiplin menahan pelajar itu dan memeriksa seluruh anggotanya (nak check ada bawa benda tak elok gi sekolah ke tak). Tiba-tiba, Abah terjumpa sekotak rokok di bahagian belakang pinggang seluarnya. Kemudian bila Abah buka kotak rokok tu, Abah terjumpa bungkusan macam straw rupa-rupanya bungkusan dadah! Gila apa budak zaman ni?? Saya yang dengar cerita Abah pun terkejut, ye la dah macam cerita drama pulak. Abah buat laporan polis sampai tak boleh keluar sekejap pun untuk solat jumaat sebab masih dalam siasatan polis. Urmm...memang banyak dugaan Abah sebagai guru di sekolah harian biasa ni.

    Tapi yang peliknya, Macam manalah budak tingkatan 4 boleh  membunuh sampai pandai nak sorokkan mayat kat ladang kelapa sawit? Mayat itu dikelar, diseret, disorokkan dibawah timbunan daun kelapa  sawit. Siapa yang mengajar mereka?? Siapa??

    Bila diingat kembali kisah pembunuhan pertama di dunia oleh putera Nabi Adam a.s,Qabil telah membunuh Habil kerana hasad dengki. Setelah membunuh, Qabil bingung untuk menyorokkan mayat saudaranya Habil tetapi kebingungannya telah terjawapan apabila dia ternampak seekor burung gagak sedang menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak yang sudah mati dalam pertarungan ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi kembali dengan tanah. Mungkin perkara ini juga terjadi kepada anak bangsa kita sekarang, mereka belajar daripada apa yang mereka lihat di dalam cerita-cerita drama atau filem yang dihidangkan kepada mereka. Jika difikirkan, banyak lagi faktor luaran yang boleh mencemarkan pemikiran anak bangsa kita. Tapi dimanakah kesilapan itu? Sampai bila kisah kerosakkan anak bangsa dan agama kita akan tamat? Huh~~ :(

    Sejak kebelakangan ni, setiap hari bila baca setiap helai dalam surat khabar mesti ada je perkataan 'mayat', 'bunuh', 'asid'. Hurmmm.......... Ya Allah tunjukkanlah kami jalan yang lurus....

    p/s: tergendala sebentar post tentang percutian hari tu...


    Saturday, December 11

    20th vs 6th

    Siapa bosan angkat kepala! hehe~ ( Reti ke tu??) 
    Btw, Ingat tak masa awak dan saya zaman kecil2 dulu (untuk sesiapa yang dah wujud masa tu) , zaman tu baru je diperkenalkan kempen satu rumah satu komputer masa Tun Seri Dr Mahathir Mohamad jadi PM Malaysia dalam tahun 2001 tak silap saya lah.
    Pada masa tu siapa ada komputer kat rumah kira hebat lah. haha.. 

    Teringat dulu, saya siap ajak kawan-kawan datang rumah main komputer padahal kalau nak diikutkan apa je la yang ada pada komputer kalau takda internet zaman sekarang ni. Dulu manalah ada 'Game' kat komputer ni melainkan game yang dah sedia ada kat komputer ni macam solitare,minesweeper dengan FreeCell tu. Kalau nak main game yang lebih advance pun kena beli CD la, tak macam sekarang ni semua boleh download sesuka hati kat ternet tu. 

    Kalau nak pasang internet kat rumah masa dulu-dulu memanglah mahal nak ma*p*s. Tapi sekarang dunia dah berubah, bersepah-sepah orang jual line internet murah2.
    Dulu saya bila bosan2 je main lukis2 guna software paint yang memang dah sedia ada kat komputer tu. Kalau tak pun, main game straight fighter dan game polis tembak2 (saya pun lupe la ape name game tu) guna CD lah. Lucukan zaman muda2 dulu, jakon giler dengan komputer. (jakon tu adalah sesuatu yang kita akan sebut "wah!" bila kita nampak). 

    Kenapa saya cerita tentang ni pula ek? Owwh...baru teringat, tadi saya ternampak lukisan adik lelaki bongsu saya kat laptop saya ni, tetiba teringat pula zaman saya suka main lukis2 guna software paint ni. haha.. memang spesis keturunan saya agaknya suka main lukis2 guna software paint ni. Adik dengan kakak same je.!

     
    (lukisan ni mestila adik saya yang lukis..dia siap tulis tajuk nya 'rumah cantik'. erkk..cantik ke??)

     (entah kereta spesis apa la dia lukis ni..)

    (Opss, ni saya yang lukis tadi.. mestilah guna software paint juga..ada bakat tak?? hehe..)

    p/s: macam lukisan adik saya je yang lebih cantik...colourful gitu sih!^^

    Friday, December 10

    Uwekks!! Saya Taknak lah!!...

    Apa perasaan awak bila awak sedang makan mi kari tetiba awak jumpa kepala tikus dalam kari awak tu?? uweks! kalau saya yang dalam situasi tu, sumpah 7 keturunan saya takkan sentuh mi kari lagi dalam hidup ni..!
    (cantik tak saya lukis? dah lame tak main lukis2 guna software paint kat PC ni cam dulu2..)
     
    Sebenarnya ni bukan la apa yang saya membebel  hari ni. Cerita pasal kari tikus ni saya terbaca kat Berita Harian tadi, itu pasal la saya terbayang-bayang macam manalah keadaan tikus dalam kari tu. Kejadiaan ni berlaku di universiti terkemuka Bangladesh. Salah seorang pelajar di universiti tu sedang makan kari ayam, tiba-tiba terjumpa kepala tikus dalam kari tu. Euww.. daging tikus dalam kari tu mesti dah dimakan oleh semua pelajar kat kantin universiti tu kan!! Oh No, kalau lah berlaku kat universiti saya macam tu, mesti saya dah rasa macam nak mati! Sengaja atau tak sengaja alasan tukang masak tu, saya pasti bunuh dia.! Erkk..ganas sangat la pula kan..  Rasa macam nak ambil sabun dan berus untuk sental semua organ2 dalam badan ni. Ceh..terlebih pula, bukan saya yang kena pun kan.. Kalau awak yang kena macam mana ek??
     
    (Macam cerita 'Raja Bersiong' la pulak. Cuma Raja Bersiong tu ketagih darah sebab tukang masak dia tak sengaja terluka jari masa masak. Agaknya  kalau tukang masak dia tak sengaja ada tikus dalam masakan tu, mesti nama raja tu 'Raja Bertikus' kan??. Erkk...tak sedap pula nama tu.)

    Awak nak tahu tak tikus tu bukan saja menjijikkan tapi berpenyakit kepada awak dan saya juga. Air kencing tikus ni bahayanya sampai boleh bawa mati = tak hidup lagi di dunia ni. Apa yang saya tahu dalam air kencing tikus ada bakteria Leptospira yang boleh mengakibatkan penyakit Leptospirosis iaitu satu penyakit yang teruk dan boleh berjangkit. Juga dikenali dengan nama Weil's Disease, Icterohemorrhage, Swineherd's Disease, Canicola Fever, Jaundis berdarah dan lain-lain. Biasanya kebanyakkan kes penyakit ni berlaku di negara beriklim panas seperti Malaysia. Tapi tak bermakna awak yang duduk iklim sejuk tu tak boleh kena ye. Saya cuma nak ingatkan awak untuk berhati-hati juga. (^_^)v.
    (Gambar ni saya ambil kat wiki)

    Kalau awak tetiba je rasa deman, sakit anggota badan dan pening kepala. Batuk tidak berkahak, loya, muntah dan cirit birit itu adalah tanda-tanda awak terkena Leptospirosis. Awak mesti ingat tu!.Tapi ada  juga pesakit yang  sakit otot, bengkak salur kelenjar dan pembesaran hati tau.

    Awak tahu tak, komplikasi Leptospirosis boleh menyebabkan jangkitan kuman di otak, pendarahan dalaman, masalah pernafasan, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang. Awak jaga diri elok-elok ye, jangan lupa jaga kebersihan, kalau awak nak makan apa2 pastikan basuh dulu sampai bersih. Ya la, tikus ni suka tinggalkan kencing sesuka hati dia di merata-rata tempat. Yang pasti saya nak jumpa awak lagi, jadi jagalah diri awak elok-elok ye!
      
    P/s: Name 'Raja Bersiong' yang sebenarnya siapa ek?

    farhahzaba