Takbur
dia ke kubur
dikatil lebur
tak termamah bubur
makan semua tersembur.
tak
bukan
aku tak kejam
dia dulu kejam
derita aku jadi bahan
digaul bersama jahatnya kata
diuli-uli bersama dengkinya rasa.
sakit
perit
aku
dulu.
sakit
perit
dia
sekarang
tak
bukan
aku tak kejam
aku doa untuk dia
Tuhan itu lebih tahu
mana dengki mana benci
mana baik mana jahat
mana syurga mana neraka.
tak
bukan.
9ogos12
3.06am
tentang manusia yang punyai komplikasi hidup dengan manusia yang suatu dulunya mungkin terlalu bangga diri. Tapi dia tetap berdoa untuk kebaikannya.
gua baca dari rituit nina zahari.
ReplyDeletePower power.
Juz pray for da greatness. =)
ReplyDelete