Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Saturday, January 29

Menikmati pagi hari seorang diri...(Live episod 1)

Hurmmm...


Urmmm...


Haishhh...


Haip! jangan mengeluh...


Okay..Okay..tak mengeluh dah..

Sekarang tengah duduk seorang diri di terminal makmur dekat kedai kopitiam 'Travel Pack'..
Ye..memang seorang diri..hanya ditemani hujan yang lebat, angin yang sejuk dan cahaya lampu neon..

(jam 10pagi apabila perut terasa lapar...)

Memang selalu begini kalau setiap kali nak balik batu pahat.. Bukan saya ni jenis yang suka 'lonely' okay.. Saya memang lebih suka indepandent kalau nak balik rumah, tak berapa nak gemor kalau balik ramai2 sebab leceh nak tunggu orang...

Sejuk betul rasanya pagi ni..Sambil minum kopi putih dan karipap panas, dihiasi serba sedikit dengan hiruk-pikuk suara orang ramai di terminal ni.

( Kopi putih Rm2 je.. ceh.. dah macam rancangan 'jalan2 cari makan' lah pulak)
(bersama-sama roti dan karipap yang menemani saya..)

Cuti raya cina lah katakan...Ramai berpusu-pusu nak naik bas nak pulang ke kampung halaman (untuk orng yang ada kampung lah) terutamanya manusia yang bergelar 'mahasiswa/mahasiswi'. Saya balik pekan tongkang pecah je...

Huh....sejuknya angin yang bertiup ni..rasa macam nak terken**ng je..Opss!

( inilah budak yang indepandent tuh..hehe..)

Luahan hati tetap diteruskan walau angin sejuk menganggu.. Bas pukul 3petang, tapi sekarang baru pukul 11.05 pagi. Huh~ apakah yang saya perlu buat sekarang???

Tengok orang yang sedang lalu lalang, orang yang sedang mengemas meja makan, orang yang sedang ternganga mulut menyuap makanan, orang yang sedang merenung saya...Opss! Ha?? What??? Someone looking at me lah dude!

Erkkk...saya sangat takut..

Takpe, buat tak tahu je dan teruskan menulis...Huh~ nasib baik dia dah tak tengok lagi.. janganlah tengok saya lagi.. Ya Allah please help me...

Okay dekat depan saya, ada 3 orang tua lelaki yang sedang ketawa 'terkekek-kekek'..apalah yang mereka sedang bualkan tu ye?? Takde kerja lain kah?? Oh, hari ini hari sabtu lah, mungkin mereka cuti agaknya.. Perbualan mereka masih lagi rancak.. Bincangkan masalah harga barang yang semakin naik agaknya mereka ni..Biasalah orang lelaki ni tanggungan mereka berat...

Hehehe..

Kat sebelah kiri saya ada sepasang kekasih sedang makan bersama..
'ngap'. Si lelaki menyuap makanan di mulutnya.
Si perempuan pulak sedang melihat lelaki tu menyuap makanan. (Ceh..makan tak hengat orang agaknya)
Si lelaki terbatuk-batuk dengan tiba2..(haha..amek ko tersedak!)

Tokey kedai ni sibuk menyusun karipap dan roti-roti dalam bekas. Disusunnya dengan kemas.

*perfect*

Disusunnya pula kek coklat di dalam bekas kaca.

*gigih*

Seronok rasanya bila lihat orang yang rajin ni. Tenang hati... Masih ada lagi lelaki yang bertanggungjawab.
Sedih bila nak dibandingkan dengan lelaki yang selalu ambil kesempatan atas harta perempuan dan malas bekerja.

Pekerja perempuan sedang mencuci cawan dan pinggan di dalam kedai. Mungkin isterinya  agaknya. Nampak kemesraan mereka kadang-kadang.

3 orang lelaki tua tadi menghulur duit kepada tokey kedai. Sudah habis berborak mungkin. Baki duit diberikan kapada lelaki tua bermisai lebat. Agaknya lelaki bermisai lebat tu belanja 2orang rakannya.
Mereka pergi berlalu.

*kosong*

Meja depan dah kosong.

Sepasang kekasih di sebelah kiri saya masih lagi di situ. Berbual-bual sambil tergelak-gelak manja melihat telefon bimbit kepunyaan perempuan. Apalah yang mereka sedang gelakkan?..Urmm..

Ha! Seorang lelaki tua berambut putih sedang duduk di meja depan saya. Rambutnya putih. Barangkali umurnya sangat lanjut. Ditenung cawan kopi dihadapannya. Dia melihat orang ramai berlalu lalang. Kekanan dan kekira..

Oh..lelaki tua itu bangkit..

Rupa-rupanya lelaki tua berambut putih itu taokey kedai makan di sebelah kedai ini. Dia bangun untuk ambil 'order' 2 orang remaja lelaki yang datang ke kedainya..Masih lagi gigih bekerja orang tua itu.

Sekarang dah pukul 11.45 pagi.

Apalah yang patut saya buat..Hurmm...memerhati orang sudah cukup buat saya penat..

Angin bertiup kencang sesekali...terasa macam nak pergi tandaslah pulak..

.Cerita manusia sangat panjang dan penghujungnya sangat jauh...Tapi pasti akan terhenti suatu saat nanti..

Okaylah..nanti sambung lagi..



No comments:

Post a Comment

ujar saja jika perlu.