Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Tuesday, November 9

fikir

Kau dan aku dalam satu perjalanan yang sama. Yang sangat jauh.Di bawah sinar mentari aku lihat kau berlari-lari. Rupa-rupanya kau mengejar sesuatu yang indah dari jauh. Aku jerit pada kau jangan berlari, jangan kejar apa yang kau nampak cantik. Tapi malangnya kau sibuk dengan kecantikan itu. Sudah aku kata, yang kaca itu jangan kau pegang tapi kau tetap berdegil mahu pegang. 


Aku kata yang cantik dimata tak semestinya baik untuk kau.  Kau kata kaca itu cantik. Tapi kau lupa cantik kaca itu hanya dibawah cahaya. Sekarang kau lihat tangan kau luka. Kau yang merana. Aku cuci luka kau dan aku balut dengan kain putih. Tapi putih kain itu hanya sementara. Kerana yang putih itu tidak akan putih selamanya jika kau tak jaga.


Lalu kita teruskan lagi perjalanan kita yang masih jauh. Aku pimpin tangan kau dan aku jaga kau biar kau tak terluka lagi. Dan malam itu tiba. Kau lihat bintang. Aku tahu kau inginkan bintang itu kerana kecantikannya. Aku kata lagi pada kau jangan impikan hanya yang cantik. Kau diam. 


Kau panjat pokok dan kau ingin capai bintang itu. Dihujung dahan pokok kau bergayut. Lalu kau terjatuh. Kain putih yang aku balut itu kotor dipenuhi pasir.habis dahi kau berdarah. Memang kau degil tak faham bahasa. Sudah aku kata jangan. Gelap gelita. Batu hodoh itu kau tendang-tendang tak peduli. Aku kutip. Aku ambil dua biji batu hodoh itu. Aku lagakan. Daun-daun dan kayu-kayu kering aku kumpulkan. Api menyala. 


Sekarang kau mengerti yang selama ini kau tidak pandang, yang kau kata buruk, yang kau kata tak berguna itu, yang itulah cahaya untuk kau. Yang hodoh itulah yang membantu kau. Kau diam membisu. Berfikir.

farhahzaba 

kisah manusia yang sering mencari yang terbaik, padahal  yang dia rasa baik tak semestinya baik untuk dia.



No comments:

Post a Comment

ujar saja jika perlu.