Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Saturday, January 24

Siapa Anuar zain??

setiap hari ada sahaja idea datang mencurah-curah untuk ditulis. ya, siptom ni hadir dikala aku mahu pejamkan mata membuaikan mimpi indah. tapi bila aku dah tercegat membeliakkan mata di hadapan PC, apa yang hendak ditulis tersumpah lesap. terkebil-kebil mata, macam nampak anuar zain depan mata. lidah terkelu, tersipu-sipu malu. Ah, apa aku yang tengah berangan ni! Anuar zain pulak?

Aku cuma mahu menulis tentang wanita-wanita yang pernah aku jumpa, yang kisah cintanya pelbagai. Unik, pelik, hebat dan wow!.

Baiklah. nanti sambung cerita ni ok?

apa kaitan Din dengan aku?

Din yang pertama wujud dalam sejarah hidup aku,-- telah lama aku lepaskan.
Kemudian tiba-tiba Din yang kedua muncul-- juga aku lepaskan.
Lalu Din yang ketiga hadir tapi tak aku hiraukan.; alhamdulillah kahwin dah pun.
Dan sekarang Din yang ke empat pula hadir.

Empat Din telah wujud tak pernah ak rancang.

Moga mereka setanding dengan nama nya.
Membawa semua manusia bersamanya.


*Din= Deen= agama.

 24jan15 3am