Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Tuesday, May 31

sendiri.

waktu mengapa cepat?
aku sudah penat,
ah, diamkan saja sampai pekat,
biar dilihat saja malaikat.

ku berlari ke hutan mencari ruang,
tetap juga sempit bersama sepi,
mahu saja aku menjerit sampai perang,
seperti ranapnya saat aku sendiri.

pergi ke tingkap dan teriak,
mengapa harus saja begini?
buang saja penat hingga luak,
sampai masa nanti tetap juga aku sendiri.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba

menulis untuk diriku sendiri sebagai peringatan.

Monday, May 30

misteri.

betapa hidup ini misteri,
manakan terserlah nampak pun tidak,
apa jalan hidup esok nanti?
pernah kau tahu tidak?

betapa kita cemburu pada bahagianya manusia,
bila bersedih maka dikata semuanya celaka!.
lupa pada bahagia yang lepas,
haru gempita tak terluah rasa.

betapa hidup ini terlalu jauhnya,
tapi masa itu cukup pendek untuk aku,
nafas yang diulang-ulang tak pernah jemu,
namun kerja yang berulang hampir membunuh jiwa kamu.

selesa diatas tilam lena diatas bantal,
benci pada susah sial pada derita,
apa itu sesuatu yang ranap?
jangan berhenti kalau masih mencari.

aku hantarkan pada Tuhan tentang aku,
aku tahu Dia kenal aku,
dan untuk diberjutakalinya aku tuliskan,
bahawa yang si aku sedang melupakan saya.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba

tentang kehidupan manusia yang misteri ataupun sesuatu yang tidak di fahami dan diterangkan. menulis untuk diriku sendiri sebagai peringatan.

Sunday, May 29

monolog malam.

pinjamkan aku bulan agar terang,
sini gelap makin hitam,
kalau tak mahu sila pinjamkan aku bintang,
tolong aku sebelum aku jatuh.
kadang-kadang aku fikir bintang pun aku tak tentu dapat,
sebab memang aku tak layak untuk terang.

aku ini pembohong yang lohong,
bertopeng putih hakikatnya hitam,
kalau diberi aku pilihan mahu saja aku kekal bertopeng,
kerana wajah sebenar buruk dan hodoh,
kadang-kadang aku fikir aku ini hanya merempat,
sebab aku ini bukan siapa yang senang.
....
..
aku tanyakan mana dia yang sudi untuk aku?
tapi memang aku dah agak suara rayu ini tak siapa mahu dengar,
apa kau tak mendengar bisik hati ku memanggil kamu?
.....
aku mahu terbang bersayap biar terlihat semua yang aku ini mampu,
kalau dah nama pun pembohong manakan sayap terbang pun tak boleh,
kadang-kadang aku fikirkan takdir aku ini memang begini,
aku mahu bintang di awan tapi lampu neon juga yang aku dapat,
tak perlu untuk diulang meminta-minta kerana aku sudah,
lampu pun cukup untuk buat aku terang.
...
terima kasih,
...
terima kasih,
..
terima kasih.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba

kadang-kala kita mahukan sesuatu yang lebih tapi lupa untuk berterima kasih dengan apa yang kita sedang dapat dan apa yang kita ada.
menulis untuk diriku sebagai peringatan.

Friday, May 27

tunggu kamu.

tunggu malam tiba,
mana?
siang sudah aku tunggu,
tak terlihat juga.

resah,
mana?
bulan pun gelisah,
tak muncul juga.

siang malam tertunggu-tunggu,
mana?
aku sudah bosan dengan sunyi,
tak datang juga.

aaahhhh!..

aku masih sudi,
mana?
mentari pun sudah pergi,
tak tegur juga.

aku masih tunggu.
khabarkan pada aku.
khabarkan aku tentang mu.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba

tentang kisah insan yang sedang menunggu seseorang yang mungkin saja lupa padanya. 
menulis untuk diriku sebagai peringatan.

mata.

mata ini makin kabur,
aku makin lebur,
jangan katakan kubur,
kerana aku masih mahu subur.

tentang penglihatanku yang makin bertambah kerabunannya. perit mata kanan ni yang sering berair. :(

pernah.

pernah kau merasa cinta tapi tak ada?
bukan diberi tapi memang tak pernah,
lupakan sajalah soal aku ini buta,
hanyut sudah.

apa fikir aku tak punya perasaan,
aku tak mahu lagi serabut begini,
cinta gila manusia menakutkan,
aku mahu jiwa aku ini.

aaaahhhhh...

pernah kau merasa benci pada semua?
seolah ingin saja membunuh jasad-jasad di depan mata,
kita ini manusia pasti punya rasa,
aku ini buta yang bertopeng saja.

setiap hari perlu menjaga hati manusia,
sampai bila jiwa aku perlu dipijak-pijak?
sudah muak aku pada semua,
aku tak mahu lagi sebegini.

pernah kau merasa benci pada diri?
sehingga setiap hari memarahi diri?
cukup sudah cerita ini untuk manusia,
kerana siapa saja yang mahu saya ?.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba

kisah manusia yang mahu cinta tapi takut pada cinta. menulis untuk diriku sebagai peringatan.

Thursday, May 26

motif.

suatu hari bersama adik di dapur...

tiba-tiba...

adik: ude ni baik la.
ude: eh??
adik: tapi ude ni tak baik sangat la..
ude: haa?? *blur*

apa motif adik saya sebenarnya ye? dia ni ada pape ke? *hairan*

(yang atas tu gambar dia skg, yang bawah tu gmbar mase kecik dulu. bila dikaji dan diselidik memang sah adik saya ni suka melaram dalam gambar sejak kecil! hampeh~ )

p/s: layan kan je lah budak kecik sorng ni~ @_@

Wednesday, May 25

Asal usul.

Cerita di rumah atok....

nenek1:  Kampung awak dulu macam mana boleh dapat nama Sungai Ayam ye?
makcik1:  Entah, mak kata dulu ayam yang kais-kais lepas tu jadilah sungai. entah betul ke tak.
nenek2 (emak makcik1):  Betul la, cerita orang dulu2 mana kita tahu.
makcik 1:  Ye la mak tu, percaya betul. ayam kais mustahil boleh jadi sungai. kita yang guna cangkul pun belum tentu boleh buat sungai mak.
nenek 2:  Eh, yela. itu semuakan kuasa Allah.
makcik 2:  Macam-macam nama tempat kat dunia ni. agaknya Parit Bilal tu dapat nama macam mana pula?
makcik 1:  Bilal jatuh dalam parit agak nya.
makcik 2:  Bilal yang buat parit tu kot.
saya: *Gelak besar*

memang seronok bila balik rumah atok, bila join orang tua2 berbual ni kadang-kadang buat rasa nak ketawa je. hahaha.

pintu taubat.

fenomena durjana menghembus nafas,
tak tertahan nyawa melepas tubuh,
kalau dosa itu penyebab takkan terlepas,
kerana taubat itu diterima sebelum nyawa dikerongkong merebah.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba

menulis untuk diriku sendiri sebagai peringatan.

Tuesday, May 24

liyana jasmay*

pada suatu petang di rumah...

angah: ude rasa liyana jasmay dengan angah siapa lagi muda?
ude: ermmm...liyana jasmay lah.
angah: ha?? *hampa*
ude: ..........

okay fine, baru lepas google tadi mereka sebaya rupanye..

moral: jangan terlalu jujur.

Tambang bas.

Cerita dalam bas...

Makcik A: encik tolonglah bagi saya tumpang, saya tak ada duit betul ni..tolonglah encik...
Pemandu bas: naik lah dulu.
Makcik A: saya memang tak ada duit ni..tolong lah encik..
Pemandu bas: naik, naik.

Makcik A duduk di sebelah makcik B yang agak muda sikit dari makcik A.

Makcik A: orang sekarang ni memang suka mengutuk orang.
Makcik B: *senyap dan senyum*
Makcik A: tak guna sembahyang kalau kutuk orang, solat pun tak diterima.

Bas berhenti, makcik A turun dari bas. Kemudian makcik C duduk di sebelah makcik B.

Makcik C: orang sekarang ni macam-macam cara nak percuma naik bas.
Makcik B: eh, tak la. makcik tadi memang tak ada duit agaknya.
Makcik C: tak ada duit apa nya? yang dia bawa barang banyak2 dalam plastik tu bukan tak ada duit? Shoping banyak ada duit pula.
Makcik B: *senyap dan senyum*
Makcik C: entah2 tak betul sikit agaknya orang tu, yelah naik bas bukan mahal pun. dia berhenti pun tadi dekat aje. paling-paling pun tambang dia 80sen je.
Makcik B: tadi dia cakap dengan saya elok je, tak nampak pula macam orang tak betul.
Makcik C: memang la dia tu betul, tapi ada la kurang sikit 10sen ke 5sen otak dia tu.
Makcik B: *senyap*

Cerita manusia dari manusia. Saya terkilan pada sifat manusia yang begini rupa. Sungguh terkilan pada tafsiran buruk manusia kepada manusia.


menulis untuk diriku sebagai peringatan.


Sunday, May 22

masa.

hidup ini percuma pada masa,
dan kedekut pada harta,
lalu tersia untuk jiwa,
teresak menanggung rasa.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba



















menulis untuk diriku sebagai peringatan agar masa cuti yang banyak ini tidak tersia.

Wednesday, May 11

berhenti.

bagai merasakan naga didalam hati,
bagai meletakkan bara di dalam jiwa,
merasakan kepunahan sang malaikat,
membiarkan hidup sang laknat.

melihat diri yang mati terpana oleh mata,
tercungap derita mengejar mentari,
lalu terkilan jasad terkelu hampa,
manalah kubur jika benar-benar mati?.

patah tulang lidah,
bernafas dengan mata,
mendengar guna hidung,
berlari dengan tangan.

air jiwa melimpah,
tak tertadah telapak naga,
berhenti terkenang,
si aku yang masih beriman.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba


menulis untuk diriku sebagai peringatan.

Thursday, May 5

kosong.

Ramai yang diluar sana masih tercungap-cungap berlari dari kosong. Ya, berlari dari kekosongan jiwa yang dirasakan oleh rohani. Ramai si alim diluar sana masih longgar jiwanya yang dirasakan lohong. Memang hakikat jiwa manusia itu sentiasa bergelora dan mana mungkin kaku tak terusik. Tapi semuanya bergantung pada pegangan manusia itu sendiri sama ada mahu terus kosong atau berinti enak.

Jika kamu punyai jiwa yang berinti enak suatu masa dulu, mengapa tidak diteruskan resepi itu untuk terus sentiasa enak? Mengapa disaat kosong di isikan dengan inti yang penuh bahan perasa yang pada akhirnya merosakkan akal? Payahnya aku melihat manusia yang hanya suka pada bahan perasa dan lupa pada keunggulan inti sebenar. Memang inti dan bahan perasa itu sama-sama enak tapi akhirnya bahan perasa itu mematikan diri lebih segera.
....
...
..
Wahai si alim yang kosong mengapa mudah untuk mematikan lakonan sebagai si alim di pentas dunia dengan hanya kerana kadang-kala kamu melakukan kesilapan dan harus saja menyalahkan diri sendiri?. Lalu dianggapnya dia sama seperti manusia kosong yang lain dan tidak layak untuk memperbetulkan manusia itu dari kejahilan. Wahai disekalian si alim yang kosong janganlah terus mematikan watakmu itu, terus sajalah dengan resepi inti kamu yang dulu dan isikan kekosongan itu hatta manusia kosong yang lain dapat merasainya.

Mengapa harus mempunyai cinta yang sia hanya kerana itu bahan perasa yang bisa menyebabkan roh kamu mati terkulai. Manalah ilmu mu wahai si alim yang kosong? Manalah ilmu mu yang wajib saja kau berikan pada manusia yang kosong itu?  Manalah jasad mu wahai si alim yang kosong? Mana kamu wahai si alim yang dulunya alim?.  Di sini aku bersedih dengan sesungguhnya kerana si alim itu terus menjadikan dirinya manusia yang kosong dan lohong. ketuk dan ketuklah akal mu wahai si alim yang kosong kerana aku ini manusia kosong yang memerlukan kamu sebagai si alim yang berinti enak untuk membunuh kejahilan dan manusia yang kosong itu juga memerlukan kamu.
..........
....
...
Si alim yang dahulunya alim dan si manusia kosong yang kini alim, wujudnya dua watak baru dalam pementasan lakon layar yang harus saja ditamatkan menjadi si alim yang kekal alim dan si manusia kosong yang menjadi alim.


menulis untuk kamu-kamu yang pernah mempunyai dan mempelajari ilmu agama dan juga diriku sebagai peringatan.


Monday, May 2

juga dan pasti.

hendak atau tidak pasti kena juga,
hendak tak bermakna dapat,
mahu boleh saja dapat,
pasti tak tentu juga.

juga belum tentu pasti,
faham manakan tidak,
tidak tentu faham,
boleh saja faham.

berat bermain kata,
lupa untuk faham,
dan mati.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba

menulis untuk diriku sebagai peringatan.