farhahzaba

Tuesday, October 18

ideologi sampah.


dia menyalak tiba-tiba.
*semua senyap*

menyalak memuntahkan segala ideologi sampahnya.
*semua ternganga*

habis menyalak dia memberontak mahu menang tanpa mahu menghormati.
*pelik*

kejadian yang tiba-tiba.
barangkali saraf mindanya direnjat arus adicita kaki kiri bengkok.
terkejut segala jenis manusia, hulubalang, laksamana dan rakyat.

kemudian dia duduk senyap.
*tak puas hati*

masih mahu memuntahkan lagi.
*tiada penamat*

kisah manusia yang berlagak bijak dalam soal bersuara lantang. lebih baik berdiam diri daripada bersuara yang hanya untuk nafsu menunjuk-nunjuk, walhal tidak berilmu. tiada salahnya memberi pendapat tapi jangan sampai mengherdik. :)

No comments:

Post a Comment

ujar saja jika perlu.