semua orang ketawa bedekah-dekah sambil menepuk-nepuk tangan.--riuh;
seorang badut baru sahaja lepas membuat persembahan.
demi menceriakan hati orang semua orang.
hebat.
sangat hebat.
watak yang ceria yang membuatkan semua orang
hampir lupa dengan segala masalah.
dimekapkan wajahnya berwarna-warni untuk buat orang tertawa.
si badut yang sangat gembira dan kelakar.
itu anggapan orang ramai bukan?
--kelakar;
aku rasa tidak.
menjadi badut bukan mudah, penat,
mengawal emosi supaya nampak ceria adalah satu yang hipokrit. kata orang melayu lah.
maka perbuatan membiarkan diri menjadi gembira dihadapan orang ramai yang pada hakikatnya sedih adalah gila.
namun,
itu mulia bagi aku.
cuma yang aku mahu sampaikan, si badut bukanlah barang permainan tak bernyawa.
dia juga punya jiwa yang tak mampu untuk gembira 24 jam.
hatinya sakit bila disakiti, sedih bila terluka.
macam kita bukan?--sama;
jadi.
kenapa harus melihat badut sebagai tempat untuk kita ketawa?
*berfikir*
penat aku kiaskan tentang si badut.
kalau boleh, hendak saja aku cakap lepas.
bukanlah apa sangat yang aku katakan ini.
tapi aku manusia beretika. berkias memang cara nenek moyang aku.
haishh...
macam dah melalut kan?
sekian...
apakah apakah??
ReplyDeletehahaha..aku pon tak faham.. :D
ReplyDelete