apakah pengertian jahat pada dia yang baik?
aku melihat si baik itu begitu benci pada yang jahat
di caci makinya sepuas habis baik
terlupa untuk bernafas dan berterusan mencarut.
pada aku yang jahat itu tidak sempurna tanpa adanya baik
jahat itu wujud kerana lawannya
dan lawannya adalah yang baik
malah alam lebih sempurna dengan kewujudan keduanya.
bukanlah aku mahukan kejahatan bermaharaja
tapi biarlah wujudnya ia
supaya aku ini dapat bezakan yang baik dan yang jahat
kerana mana mungkin dapat aku bezakan tanpa wujud salah satunya.
...menulis untuk diriku sebagai peringatan.
Pemula Bicara.
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.
Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
Amen..
Wednesday, July 20
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Assalamualaikum. Menarik! Membuatkan saya terfikir sejenak. Biarpun ringkas tapi sangat sarat maknanya. Kekadang juga tdk dinafikan pula "baik tdk sempurna tanpa jahat". Sesetengah insan itu Allah wujudkan titik hidayah itu apabila seseorang itu berada dalam dosa dan noda. Di saat dia menerima cahaya Ilahi, dia merasa manisnya IMAN..
ReplyDeleteSrikandi Al-Azwar:
ReplyDeletekamu betul dan semestinya betul. ^^
tapi kadg2 mereka yg baik lupa untuk berterima kasih pada wujudnya jahat.
merasakan seolah2 yang jahat itu jahat sampai ke penghujungnya.
*mengeluh*